Masjid Al-Ghaffar Masjid Daerah Jasin ini terletak di dalam kariah Taman Maju yang dibina atas tanah seluar 4.05hektar (10ekar) lot 3189 Mukim Jasin. Keluasan pembinaan Masjid ini Hanya 4 ekar sahaja untuk fasa pertama dan fasa kedua untuk kegunaan membina kuaters imam, bilal dan noja serta rumah tahanan sementara bagi keluarga yang bermasalah. Masjid ini dibina diatas bukit dan merupakan Masjid terbesar Daerah Jasin.
Masjid ini merupakan satu tempat yang menarik untuk dikunjungi selain sebagai
tempat beribadah. Konsep rekabentuk Masjid ini adalah gabungan daripada
senibina Arab dan Melayu hingga menghasilkan satu seni bina yang unik ,cantik
dan menarik serta berasaskan kepada fungsi Masjid yang merupakan sebagai pusat kegiatan
umat islam.
Masjid ini boleh menampung bilangan jemaah seramai 2,500 orang dalam satu satu masa. Kerja-kerja
tanah telah bermula pada 22November 2004 dan siap sepenuhnya pada 22 Disember
2006 dan kos keseluruhannya ialah Rm 5,638,885.00. Masjid ini mula beroperasi
menunaikan solat fardu pada 23 Disember 2006 selepas tarikh penyerahan dan
Masjid ini dibenarkan menunaikan solat fardu pada hari Jumaat dari 12 Januari
2007. Masjid ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun
Abdullah Hj Ahmad Badawi