MAGDJ

MAGDJ

Selasa, 23 Ogos 2011

Kem Imam Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Jasin

Antara ratusan peserta yang hadir




Tarikh    : 20-21 Ogos 2011
Masa     : 8.30 Pagi
Tempat  : Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin


                Kem Imam Remaja Sekolah Menengah telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Jasin dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Kem tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Ogos yang lalu bertempat di Masjid Al-Ghaffar daerah Jasin. Objektif utama kem tersebut adalah sebagai medium dakwah kepada generasi muda khususnya remaja ke arah mencintai masjid dan islam khususnya serta dapat melatih pelajar untuk berani tampil ke hadapan sebagai seorang imam dalam mengerjakan solat. 

             Selain dapat mengimarahkan masjid, program ini juga dapat menarik minat remaja untuk mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran. Kem tersebut telah mendapat sambutan seramai lebih kurang 130 peserta yang mewakili beberapa buah sekolah. Antaranya ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) Selendar, MRSM Tun Ghaffar Baba, Sekolah Menengah Teknik Jasin, SABK Tahfiz Al-Quran, SABK As-Syakirin Selandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, dan banyak lagi. Para pembimbing peserta terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Islam Jasin serta ahli-ahli kariah masjid yang turut membantu bagi menjayakan kem ini.

Para peserta sedang membaca Al-Quran dengan khusyuk


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem berlangsung


Antara tenaga pembimbing yang terlibat membimbing para peserta
Cenderamata telah diberikan kepada tenaga pembimbing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan