MAGDJ

MAGDJ

Isnin, 12 Mei 2014

AUDIT ANUGERAH MASJID MALAYSIA (AMM) 2014


Lokasi :   Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin

10 Mei 2014 (Sabtu)

Panel Auditor AMM 2014  :  1) Dr. Mohd Ajib bin Ismail 
                                               2) Dr. Ismail bin Samad
                                               3) Ust Muhammad Asyraf bin Abd Aziz    

Alhamdulillah, majlis AMM 2014 telah berlangsung dengan jayanya bermula pukul 9.00 pagi sehingga pada jam lebih kurang 2.30 petang. panel auditor diiringi oleh urusetia daripada Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Melaka yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Azli bin Abd Rahman (KPP Bhgn. Pengurusan Masjid JAIM).

Tetamu kehormat yang turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Induk Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin, barisan jawatankuasa dan ahli-ahli Koperasi Kariah Masjid Al-Ghaffar Jasin Berhad, barisan Sahabat Masjid Al-Ghaffar (Sahabat Lelaki dan Wanita), serta barisan pegawai dan kakitangan Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin. 

Audit AMM 2014 dimulai dengan pembentangan (power point) dan persembahan multimedia di Bilik Seminar Masjid Al-Ghaffar yang disampaikan oleh Imam 1 Masjid Al-Ghaffar, Ustaz Muhammad Adib bin Hatim. Dalam pembentangan, kesemua kriteria dan skop pengauditan dihuraikan dengan bukti dan gaya persembahan yang menarik oleh Ustaz Muhammad Adib bin Hatim. Terdapat soal jawab serta cadangan penambahbaikan oleh pihak auditor.

Barisan pegawai, kakitangan, dan sahabat Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Audit AMM 2014 ini terutama kepada para panel auditor, para urusetia, para tetamu jemputan serta, serta barisan kakitangan pembersihan yang telah bertungkus lumus dalam menjalankan tugas dan persiapan demi menghadapi AMM 2014 ini.

Semoga semua usaha kalian diberkati Allah SWT dan dicatit sebagai amal ibadah di sisi-Nya.
Jazakallahu khairan kathira..

Salam Ukhwah,
Pentadbiran Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin
10 Mei 2014.












































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan