Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 27 Mac 2014 (Khamis) di enam (6) buah masjid kerajaan negeri di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin (MAGDJ).
Berdasarkan kepada kelayakan pensijilan EKSA, hanya agensi sektor awam yang mendapat markah 80% ke atas sahaja layak untuk dipersijilkan dengan pembahagian kategori atau kelayakan pensijilan EKSA seperti berikut:
1) 0% hingga 79.9% - Kurang Memuaskan (Belum Layak dipersijilkan)
2) 80% hingga 89.9% - Baik (Layak dipersijilkan selepas penambahbaikan)
3) 90% hingga 100% - Cemerlang (Layak dipersijilkan)
1) 0% hingga 79.9% - Kurang Memuaskan (Belum Layak dipersijilkan)
2) 80% hingga 89.9% - Baik (Layak dipersijilkan selepas penambahbaikan)
3) 90% hingga 100% - Cemerlang (Layak dipersijilkan)
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan pemarkahan yang dinilai mengikut kriteria pengauditan pensijilan EKSA MAMPU, keenam-enam masjid tersebut LAYAK UNTUK DIPERSIJILKAN dengan kesemuanya memperoleh markah melebihi 80% tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah MAMPU.
Alhamdulillah, Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin berjaya mendapat keputusan CEMERLANG (Markah melebihi 90%) dan telah menerima sijil pengiktirafan daripada MAMPU pada 1 April 2014 dan sah sehingga 31 Mac 2016.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
HISHAMUDDIN BIN AHMAD
Seksyen Inovasi & Pengiktirafan (IP)
Bahagian Advisori Pengurusan 2 (AP2)
Unit Pemodenan Tadbiran &
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 4, Blok B 2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 WP. PUTRAJAYA
T : 603 - 8872 6273 | F : 603 - 8888 3565 | E : hishamuddin@mampu.gov.my
LOGO RASMI AMALAN 5S
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan