MAGDJ

MAGDJ

Khamis, 18 Ogos 2011

Program Bubur Lambuk Masjid Al Ghaffar, Daerah Jasin bersama Jabatan dan NGO Daerah Jasin

Tarikh              : Setiap hari jumaat
Masa               : 8.00 pagi
Tempat            : Masjid Al Ghaffar, Daerah Jasin

            Program memasak bubur lambuk diadakan setiap hari jumaat bermula jam 8.00 pagi. Program ini merupakan acara tahunan Masjid Daerah Jasin yang turut disertai oleh Jabatan Kerajaan dan NGO sekitar Daerah Jasin. 
            Keistimewaan yang terdapat pada bubur lambuk ini adalah kerana menu utamanya dari tulang lembu ( gear box ) Bubur lambuk ini disediakan kepada jemaah dan diedarkan selepas solat jumaat di masjid ini. Bubur ini juga turut diagihkan kepada beberapa jabatan yang bertugas 24 jam seperti hospital, polis dan bomba.



Petugas wanita sedang bergotong royong memotong bawang


Tulang lembu (gear box) sebagai menu utama bubur lambuk 


1 kilo setengah beras dimasukan untuk setiap satu periuk


Bubur lambuk yang sudah masak dimasukan ke dalam bekas taperware untuk diedarkan kepada jemaah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan