MAGDJ

MAGDJ

Selasa, 26 Julai 2011

PERPUSTAKAAN MINI

             Perpustakaan Mini Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin telah sempurna dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin pada 1 Julai yang lalu sempena Forum Bicara Agama dan Majlis Penutup Kursus Haji 2011.
            Dalam ucapan ringkasnya, beliau turut memuji usaha yang dimainkan oleh Unit Pengurusan Masjid bersama Sahabat Masjid Al-Ghaffar dalam menyiapkan bilik tersebut dalam masa yang singkat. Beliau turut menasihatkan agar usaha pengimarahan masjid diteruskan untuk menjadikan masjid sebagai ‘One Stop Center’ kepada masyarakat Islam.

           Buku yang dikumpulkan dalam perpustakaan tersebut adalah sumbangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan serta hasil sumbangan jemaah yang hadir ke masjid. Orang ramai yang berminat untuk menyumbang bahan rujukan ke perpustakaan tersebut boleh merujuk kepada Unit Pengurusan Masjid. Orang ramai turut dipelawa untuk hadir sekaligus menimba ilmu di perpustakaan tersebut. Waktu operasi perpustakaan adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis :
08.30 pagi hingga 09.00 malam
Jumaat:
08.30 pagi hingga 12.15 tengahari
02.45 petang hingga 09.00 malam
Sabtu dan Ahad
08.30 pagi hingga 09.00 malam

MEMORABILIA PENYEDIAAN PERPUSTAKAAN MINI
MASJID AL-GHAFFAR DAERAH JASIN






Tiada ulasan:

Catat Ulasan